RSS

Teguran berkaitan kerja buat pensyarah kanan di IAB: oleh En Mohd Dawi

02 Feb

“Terima kasih dan tahniah atas maklumat. Diharapkan dapat sambutan dari semua pensyarah tidak kira dalam semua peringkat atau semua bidang.
Sedikit perkongsian pengalaman yang mengingatkan saya kepada kerjabuat kita di IAB dan perbincangan kita dalam UI baru-baru ini.
Sebuah kedai makan di Putrajaya yang baru dibuka dihias bergitu menarik, bersih dan setiap pekerjanya memakai uniform yang sama. Semua orang yang lalu lalang di situ akan terpanggil untuk singgah menjamu selera. Memanglah pepatah kita ada menyatakan kita boleh menipu orang kali pertama tetapi kita tidak boleh menipunya kali kedua… Ketika makan dikedai itu, kami sekeluarga tak sangka makanan yang dihidangkan ….. bak kata makan di gerai tepi jalan lagi sedap. Cuma perbincangan kami masa makan…”tak lama kedai ni…”. Sabtu ni kami sekeluarga melalui kedai tersebut dan tepat tekaan kami yang kedai tersebut telah menamatkan operasinya. Berapakah kerugian mereka ? Apa pembaziran yang telah dibuat ? Bagaimana pembaziran masa yang dihabiskan ?
Teringat saya dalam satu teori ABCD. Kita banyak menghabiskan masa membuat perkara JUST DO THE DUMB THING (For D). Bagaimana kerja kita di IAB ? Jika kedai makan yang penting sedapnya dan diikuti dengan faktor-faktor lain. Buktinya walaupun kedai tepi jalan tapi bila rasanya sedap, penuh pelanggan yang hadir. Di IAB pula bagaimana ? Bukan faktor-faktor lain tidak penting, kerana IAB adalah model kepada kepimpinan sekolah, tetapi apa yang utama dan sangat penting adalah menyediakan diri setiap pensyarah dengan kebolehan memberi kuliah dikagumi pesertanya. Maka mereka akan rasa bahawa perkhidmatan kita diperlukan untuk membantu organisasinya.  Pada saya itulah salah satu ukuran kepakaran kita. Kita dijemput bukan terpaksa kena jemput tetapi memang diperlukan.
Maka langkah jabatan yang terlibat dengan NPQEL  memberi maklumat awal tentang kelas-kelas tersebut perlu diambil peluang oleh semua pensyarah untuk menimba ilmu tidak kira dalam apa bidang sekali pun. Semoga kita tidak taksub dengan bidang sendiri sahaja. Sekian satu perkongsian. “
Pandangan ikhlas mantan KJ JPHEMK: En Mohd Dawi Ithnin, berkaitan understudy Modul kursus NPQEL 2015… yang pentingnya tidak lupa halatuju IAB dan matlamat asal kita bersama. Selamat menyumbangkan khidmatbakti kerana Allah.. demi masa depan anak didik kita dan memartabatkan profesion keguruan.
Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 02/02/2015 in Uncategorized

 

Please leave comments, thanks a lot...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: